Saturday, March 12, 2016

Percutian Murah di Mabul / Seporna

Assalammuaikuam Lama jugak rasanya tak update blog ni Dah makan tahun jugak la lepas aku abis belajar Sampai dah kerja dan cap jari pun dah kering Well dekat sini aku just nak share je pengalaman aku bercuti di Mabul dan semporna Dengan harapan yang entry kali ni dapat bantu korang yang dekat luar sana tu merancang percutian murah (kot) untuk lawatan ke mabul dan tinggal di semporna Cerita ni start masa aku belajar dulu Cita cita nak ada lesen diving Alhamdulillah Sekarang ni aku adalah seorang penyelam (tak profesional) pun Cuma selam saja saja je Ok Kalau korang bercadang nak pergi bercuti di mabul island ni aku cadangkan korang usha website ni scuba-junkie.com Company ni ada dekat semporna Nama operator ni dekat semporna adalah scuba junkie dive lodge Penginapan dia biasa biasa je Jangan mengharap lebih lebih sebab dive lodge ni gunanya untuk orang yang nak pergi ke mabul dan bermalam sementara nak tunggu bot untuk ke mabul esok pagi (kalau korang sampai malam) di semporna Harga bilik dekat sini agak murah jugak lah kalau nak banding dengan penginapan lain dekat sana Kalau ada yang lagi murah boleh share dekat komen nanti Sebab masa aku pergi tu Aku ada cek jugak harga hotel lain dan harga dia mahal sikit dari sini Untuk dorm room - maksimum boleh 10 orang - harga dia baru RM25 semalam Kalau korang nak privasi sikit boleh lah ambik bilik - Harga dia RM75 semalam Masa aku first datang sana , aku memang dah siap booking untuk dorm room untuk satu minggu Sebab aku duduk dekat semporna dan ulang alik ke mabul setiap hari pakai speed boat scuba junkie ni So kalau duduk seminggu pun dekat semporna ni ( baru dalam 125 gitu) assume yang calculation aku ni betul lah. haha Kalau korang adalah seorang penyelam aku cadangkan untuk ambik fun dive dengan scuba junkie ni sebab apa sebab company ni sangat mementingkan pemulihan hidupan laut kalau korang bukan penyelam pulak. boleh jugak gunakan perkhidmatan dia orang antara perkhidmatan lain yang dia orang sediakan adalah bot transfer dari semporna ke mabul Harga bot transfer adalah RM50 Kalau pergi ke mabul waktu pagi dalam pukul lapan tu - sampai ke mabul - jalan jalan sekitar sea gypsy dia lepas tu petang korang dah boleh balik island semula Tapi kalau korang ambik bot transfer sahaja makanan tengah hari dia tak provide tatau pulak kalau nak makan dekat resort dia berapa harga Kalau korang nak ambik package snorkle dengan scuba junkie ni pun boleh harga dia RM150 sehari Apa yang korang dapat dengan harga RM150 ni korang boleh dapat snorkle sampai lebam dekat house reef dia dengan korang boleh makan sampai kenyang dekat restaurant dia dekat island Oh ye, scuba junkie ni ada resort dekat mabul nama resort dia mabul dive resort tapi kalau korang tak menyelam atau snorkle dengan dia orang dia orang tak terima tempahan bilik untuk penginapan sahaja sebab bagi aku orang akan ke mabul untuk menyelam mostly dan kalau tak ada lesen menyelam tu orang akan ke sana untuk snorkle takde pulak orang g mabul untuk free and easy sahaja tu yang aku nampak masa aku pergi sana dulu (2014) oh ya kalau korang nak rasa lagi awesome masa ada dekat semporna please ke semporna masa minggu terakhir bulan april setiap tahun kenapa kena ada dekat semporna masa ni sebab masa ni la ada festival lepa lepa atau regatta lepa usha google pic kalau nak tau apa tu lepa lepa kalau rajin baca google sabah tourism situ ada info dia ok dan kalau korang adalah penyelam harga untuk sehari selaman bersamaan tiga kali selaman adalah RM300. ini termasuk - boat transfer dari semporna ke mabul (pagi) - sampai mabul korang akan siap untuk selaman pertama - abis selaman pertama , balik ke house reef / jeti . kopi kopi dulu - dalam tengah hari , siap untuk selaman ke dua - lepas selaman ke dua , naik darat semula untuk makan makan makan kat mabul beach resort ni adalah buffet. so ko nak makan berapa banyak pun tak kesah. asalkan jangan membazir je dekat scuba junkie mbr ni dia orang tak masak ikan , atau apa apa hidupan laut. sebab nya ... hah sebab orang kampung dekat mabul masih amalkan cara lama untuk tangkap ikan dan scuba junkie tak support cara tu cara yang aku maksud kan adalah dengan cara tuba / atau bom ikan sebagai langkah proaktif , no fish is served as menu dekat sini tapi bagi aku makanan dekat mbr pun not bad apa yang korang boleh makan mostly everyday akan ada pasta haha so layan kan aje dan ada lauk ayam dengan vegetarian ok balik semula cerita pasal selaman dekat mabul harga sehari adalah 300 untuk tiga kali selaman tapi scuba junkie ada buat multi day discount yang mana kalau korang nak selam lebih dari sehari harga dia akan murah / kurang bergantung kepada jumlah hari yang korang selam tu so kalau ada sesiapa yang bercadang nak ke mabul tu boleh la pakai scuba junkie ni sebab nyer mereka sangat profesional dan scuba junkie di kendalikan oleh staff mat salleh kebanyakan nya sebab owner nya pun mat salleh jugak ok sampai sini je entry kali ni kalau ada apa yang korang nak tanya komen atau email je ke aku btw aku bercadang nak ke mabul lagi lepa lepa 2016 ada sesiapa nak join tiket aa aku tengok masih murah lagi 139 one way either dari jhb atau dari kul so pepandai la korang pilih nak naik dari mana lepa lepa tahun ni tarikh dia dari 22.4.2016 sampai 24.4.2016 jumpa masa lepa lepa nanti eh haha nanti aku upload gambar lepa lepa aku