Saturday, March 12, 2016
Percutian Murah di Mabul / Seporna
Assalammuaikuam
Lama jugak rasanya tak update blog ni
Dah makan tahun jugak la lepas aku abis belajar
Sampai dah kerja dan cap jari pun dah kering
Well dekat sini aku just nak share je pengalaman aku bercuti di Mabul dan semporna
Dengan harapan yang entry kali ni dapat bantu korang yang dekat luar sana tu merancang percutian murah (kot) untuk lawatan ke mabul dan tinggal di semporna
Cerita ni start masa aku belajar dulu
Cita cita nak ada lesen diving
Alhamdulillah
Sekarang ni aku adalah seorang penyelam (tak profesional) pun
Cuma selam saja saja je
Ok
Kalau korang bercadang nak pergi bercuti di mabul island ni
aku cadangkan korang usha website ni
scuba-junkie.com
Company ni ada dekat semporna
Nama operator ni dekat semporna adalah scuba junkie dive lodge
Penginapan dia biasa biasa je
Jangan mengharap lebih lebih sebab dive lodge ni gunanya untuk orang yang nak pergi ke mabul dan bermalam sementara nak tunggu bot untuk ke mabul esok pagi (kalau korang sampai malam) di semporna
Harga bilik dekat sini agak murah jugak lah kalau nak banding dengan penginapan lain dekat sana
Kalau ada yang lagi murah boleh share dekat komen nanti
Sebab masa aku pergi tu
Aku ada cek jugak harga hotel lain dan harga dia mahal sikit dari sini
Untuk dorm room - maksimum boleh 10 orang - harga dia baru RM25 semalam
Kalau korang nak privasi sikit boleh lah ambik bilik - Harga dia RM75 semalam
Masa aku first datang sana , aku memang dah siap booking untuk dorm room untuk satu minggu
Sebab aku duduk dekat semporna dan ulang alik ke mabul setiap hari pakai speed boat scuba junkie ni
So kalau duduk seminggu pun dekat semporna ni ( baru dalam 125 gitu) assume yang calculation aku ni betul lah. haha
Kalau korang adalah seorang penyelam
aku cadangkan untuk ambik fun dive dengan scuba junkie ni
sebab apa
sebab company ni sangat mementingkan pemulihan hidupan laut
kalau korang bukan penyelam pulak. boleh jugak gunakan perkhidmatan dia orang
antara perkhidmatan lain yang dia orang sediakan adalah bot transfer dari semporna ke mabul
Harga bot transfer adalah RM50
Kalau pergi ke mabul waktu pagi dalam pukul lapan tu - sampai ke mabul - jalan jalan sekitar sea gypsy dia
lepas tu petang korang dah boleh balik island semula
Tapi kalau korang ambik bot transfer sahaja
makanan tengah hari dia tak provide
tatau pulak kalau nak makan dekat resort dia berapa harga
Kalau korang nak ambik package snorkle dengan scuba junkie ni pun boleh
harga dia RM150 sehari
Apa yang korang dapat dengan harga RM150 ni
korang boleh dapat snorkle sampai lebam dekat house reef dia
dengan korang boleh makan sampai kenyang dekat restaurant dia dekat island
Oh ye, scuba junkie ni ada resort dekat mabul
nama resort dia mabul dive resort
tapi kalau korang tak menyelam
atau snorkle dengan dia orang
dia orang tak terima tempahan bilik untuk penginapan sahaja
sebab bagi aku
orang akan ke mabul
untuk menyelam mostly
dan kalau tak ada lesen menyelam tu
orang akan ke sana untuk snorkle
takde pulak orang g mabul untuk free and easy sahaja
tu yang aku nampak masa aku pergi sana dulu (2014)
oh ya
kalau korang nak rasa lagi awesome masa ada dekat semporna
please ke semporna masa minggu terakhir bulan april setiap tahun
kenapa kena ada dekat semporna masa ni
sebab masa ni la ada festival lepa lepa
atau regatta lepa
usha google pic kalau nak tau apa tu lepa lepa
kalau rajin baca
google sabah tourism
situ ada info dia
ok
dan kalau korang adalah penyelam
harga untuk sehari selaman bersamaan tiga kali selaman adalah RM300.
ini termasuk
- boat transfer dari semporna ke mabul (pagi)
- sampai mabul korang akan siap untuk selaman pertama
- abis selaman pertama , balik ke house reef / jeti . kopi kopi dulu
- dalam tengah hari , siap untuk selaman ke dua
- lepas selaman ke dua , naik darat semula untuk makan makan
makan kat mabul beach resort ni adalah buffet. so ko nak makan berapa banyak pun tak kesah. asalkan jangan membazir je
dekat scuba junkie mbr ni dia orang tak masak ikan , atau apa apa hidupan laut. sebab nya ... hah
sebab orang kampung dekat mabul masih amalkan cara lama untuk tangkap ikan
dan scuba junkie tak support cara tu
cara yang aku maksud kan adalah dengan cara tuba / atau bom ikan
sebagai langkah proaktif , no fish is served as menu dekat sini
tapi bagi aku
makanan dekat mbr pun not bad
apa yang korang boleh makan
mostly everyday
akan ada pasta
haha
so layan kan aje
dan ada lauk ayam dengan vegetarian
ok balik semula cerita pasal selaman dekat mabul
harga sehari adalah 300 untuk tiga kali selaman
tapi scuba junkie ada buat
multi day discount
yang mana kalau korang nak selam lebih dari sehari
harga dia akan murah / kurang
bergantung kepada jumlah hari yang korang selam tu
so kalau ada sesiapa yang bercadang nak ke mabul tu
boleh la pakai scuba junkie ni
sebab nyer mereka sangat profesional
dan scuba junkie di kendalikan oleh staff mat salleh kebanyakan nya sebab owner nya pun mat salleh jugak
ok sampai sini je entry kali ni
kalau ada apa yang korang nak tanya
komen atau email je ke aku
btw
aku bercadang nak ke mabul lagi lepa lepa 2016
ada sesiapa nak join
tiket aa aku tengok masih murah lagi
139 one way
either dari jhb
atau dari kul
so pepandai la korang pilih nak naik dari mana
lepa lepa tahun ni tarikh dia dari 22.4.2016 sampai 24.4.2016
jumpa masa lepa lepa nanti eh
haha
nanti aku upload gambar lepa lepa aku
Subscribe to:
Posts (Atom)